Wednesday, 16 September 2015

RENDANG AYAM PEDAS NOXXA








RESEPI SUMBANGAN: tak jumpa owner
GROUP FB RESEPI PERIUK NOXXA

JKK kepada yang menyumbang, semoga mendapat balasan indah dari Allah s.w.t



RESIPI RENDANG AYAM PEDAS.
Bahan-bahannya:
1 kg. daging ayam
11/2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - diketuk
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 sudu serbuk kunyit
1 inci halia
2batang serai - dihiris
15 biji cili padi
2 biji cili hidup
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:

1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu
atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal
tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan
masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
6. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
7. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja
di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah
guna fungsi WARM-REHEAT.

BEEF STEW NOXXA




SHARED BY : FAMIRAH ADNAN (FB)
GROUP RESEPI PERIUK NOXXA 

JKK berkongsi, semoga Allah membalasnya.





Beef stew Noxxa

1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Garam
lada hitam ditumbuk kasar
1.5kg daging lembu dipotong kiub
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang Holland - dicincang kasar
2 sudu besar tomato puree
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme
3 batang lobak merah sederhana saiz
2 batang daun celery - dipotong kecil
4 biji kentang - dipotong dadu
1 cawan kacang peas hijau dalam tin

Cara membuat
- Campurkan 1/4 cawan tepung serbaguna dengan dua sudu kecil garam dan sedikit lada hitam. Gaulkan daging yang telah dipotong kiub tadi bersama tepung tersebut.
- Panaskan minyak gunakan fungsi stir fry (sf) ,toskan daging tadi dan masukkan ke dalam periuk noxxa. Masak hingga daging sedikit keperangan,angkat dan ketepikan.
- Masih menggunakan fungsi sf, masukkan bawang holland,sedikit garam dan lada hitam..tumis sehingga layu. Kemudian masukkan tomato puree, gaul sehingga sebati.
- Masukkan 1 sudu besar tepung serbaguna dan kacau sebati lebih kurang seminit supaya tepung benar benar masak.
- Kemudian, masukkan daging tadi,air,kiub stok daging,daun bay dan daun thyme.
- Tutup periuk noxxa (pastikan periuk sudah kurang haba) tekan high pressure 15-25 minit (bergantung kepada kekenyalan daging) tombol • titik pada pressure. Selepas noxxa berbunyi lepaskan steam (titik • pada steam,baru buka penutup)
- Setelah daging empuk, masukkan kentang,lobak merah dan celery. Tutup semula periuk tambah hp 5 - 7.(bergantung pada saiz kentang)
- Akhir sekali,masukkan kacang peas,kacau dan tambah garam dan lada ikut citarasa anda.